Friday, October 25, 2013

APPLE CIDER VINEGAR + SD2



Ada yang bertanya, mengapa berat turun tapi mengambil masa. Ini adalah kerana kadar metabolisme dalam diri individu berbeza antara satu sama lain. Oleh itu untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan mempercepatkan proses penurunan serta memecahkan lemak, saya mencadangkan pengguna ALSDII meminum Apple Cider Vinegar. Ini salah satu alternatif untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda.

Apa itu Apple Cider Vinegar?

Apple Cider Vinegar atau pun apple cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan seperti salad buah-buahan. Kebanyakan kita mempunyai darah yang berasid dimana ianya terhasil daripada faktor pemakanan dan juga karbohidrat terproses dan rendah serat.

Setengah pengguna mengalamai kadar metabolisme yang rendah dan sukar untuk menurunkan berat badan, ini bermaksud kadar asid dalam badan anda adalah tinggi.

Dengan meminum Sd2 disamping mengambil apple cider vinegar baik untuk kesihatan kerana apple cider vinegar dapat membantu mengurangkan berat badan.

Bagaimana apple cider vinegar berfungsi?

Apple cider vinegar membantu mempercepatkan kadar metabolisme dalam badan & menyingkirkan lemak-lemak yang ada dalam badan anda serta mengurangkan berat badan dalam proses penyerapan nutrien & penghadaman

Antara Khasiat Apple Cider Vinegar :
  • Membantu mencairkan darah dan meleraikan paras kalori serta gula secara efisien.
  • Melindungi organ hati dari keracunan serta mengelakkan masalah hati.
  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
  • Memperbaiki masalah sistem kencing.
  • Mengaktifkan metabolisma dan sel-sel dalam badan serta dapat menghapuskan elemen toksid dalam badan.
  • Membantu bagi mereka yang ada masalah sembelit.
  • Memecahkan kandungan batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing
Cara-cara pengambilan Apple Cider Vinegar
  • 1 hari 1 kali atau 2 kali sahaja
  • 1 sudu kecil dibancuh dengan air
  • Diminum selepas makan
Minum SD2 & juga Apple Cider Vinegar ini, in shaa allah proses penurunan berat badan akan menjadi cepat dan kadar metabolisme akan meningkat.

Apple Cider Vinegar ini boleh didapat di farmasi, guardian, watsons, dibahagian makanan & dimana2 hypermarket...

PENTING KE UNTUK MENJADI KURUS?

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang berbunyi:
Daripada Aisyah r.a., Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, GEMUK badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.
(Hadis riwayat Bukhari )

Kita sepatutnya perlu mengambil iktibar dan memahami maksud dari hadis tersebut. Nabi Muhammad SAW juga telah mengatakan di dalam hadisnya bahawa bila badan kita menjadi gemuk segala pergerakan, aktivitinya dan keyakinan diri akan menjadi lemah, malas dan tidak bertenaga.

Oleh itu,  kita perlu mengambil langkah penyelesaian jika anda ingin melakukan perubahan. Tanamkan di dalam otak anda mengapa perlu kurus:-

KESIHATAN YANG BAIK
Sekiranya anda kurus ia dapat mengelakkan daripada menghidapi penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser, diabetis dan pelbagai lagi. Bukanlah semua yang kurus itu tidak ada penyakit seperti itu. Tetapi risiko untuk mendapat penyakit yang kronik adalah rendah. Jika anda jatuh sakit, bukankah perlu mengeluarkan duit dan membelanjakan wang yang banyak untuk membayar bil-bil hospital  dan ubat-ubatan yang mahal. Anda juga menyusahkan dan merisaukan orang-orang yang menyayangi diri anda.

MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI
Tahap keyakinan diri bertambah bila badan kurus. Bila sudah kurus makin cantik dan bergaya. Berdepan dengan orang pun tidak malu. Sentiasa tampil yakin dalam apa jua keadaan. Orang pun tidak mengata di belakang kita. Malahan mendapat pujian.

MEMBUKTIKAN BAHAWA DIRI DAPAT BERUBAH
Mungkin ada di luar sana dicabar untuk menjadi kurus. Anda patut sahut cabaran itu. Buktikan kepada orang sekeliling yang kita boleh berubah ke arah yang lebih baik dan positif.

MEMBERI KEPUASAN KEPADA DIRI SENDIRI
Menjadi suatu kepuasan jika kita berjaya mencapai sasaran. Cabaran paling besar untuk si gemuk apabila berpisah dan meninggalkan makanan kegemarannya. Mengapa perlu bersedih untuk meninggalkan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan anda? Ia tidak memberi manfaat kepada badan anda. Tinggalkan sahaja tanpa ragu-ragu.

SENANG MENCARI SAIZ BAJU
Bila anda gemuk saiz yang anda hanya boleh pakai hanyalah dari XL sehingga XXXXXL. Baju yang bersaiz S-L, anda hanya merenung dan bermimpi sahaja untuk memakainya. Di pasaran, hanya baju yang bersaiz kecil sahaja yang menarik dan cantik. Baju yang bersaiz besar pula, tidak banyak pilihannya di Malaysia ini. Kalau dipakai juga, pasti ia kelihatan seperti sarung nangka. Tidak teringinkah anda memakai pakaian yang cantik seperti orang lain? Jangan anda kata, selesa bila memakai baju bersaiz besar tetapi di dalam hati sebenarnya hanya saiz besar sahaja yang sesuai dengan badan anda. 

MEMUDAHKAN PERGERAKAN
Jika anda kurus, segala pergerakan akan menjadi cepat dan cergas. Berbeza pula dengan orang yang gemuk, pergerakan pun menjadi lambat dan juga malas. Bila sudah duduk kemudian ingin bangun dari tempat duduk pun susah nak bangun kembali. Untuk membuat aktiviti luar seperti bersenam pun menjadi malas kerana pergerakan anda terbatas dan juga cepat penat. Bahkan berjalan pun akan termengah-mengah dan bermandikan peluh.

Bentuk fizikal yang besar bukanlah sesuatu yang hina dan dipandang rendah, Tetapi jika difikirkan secara positif kenapa kita perlu kurus, anda akan sedar kesan daripada kegemukkan. Berazamlah di dalam hati untuk berubah kerana hanya diri kita sahaja mampu mengubah diri kita. Bertindaklah dari sekarang dan lakukannya secara konsisten dan berdisiplin. Ingatlah bahawa "Mencegah itu lebih baik daripada mengubah".

Kami akan membantu anda dalam proses penurunan berat badan yang anda idamkan. Kami akan memberi panduan yang betul dalam menjaga pemakanan anda seharian.